Buat julung-julung kalinya DEZZARIZ SDN BHD akan menganjurkan Kursus Asas Pembuatan Coklat pada 27hb. FEB 2011(Ahad). Kursus akan diadakan di kilang DEZZARIZ SDN BHD.
Setiap peserta akan diajar secara teori dan praktikal berkenaan teknik pencairan coklat, membuat coklat kelongsong(isian) dan coklat inti kacang serta coklat plain. Setiap peserta juga akan menerima nota, acuan(mould), scrapper (2 jenis) serta coklat (secara percuma) dan boleh membawa pulang hasil kerja mereka. Sijil akan diberikan kepada setiap peserta yang berjaya menamatkan kursus.
Tenaga pengajar adalah seorang chef yang didatangkan khas daripada LEMBAGA KOKO MALAYSIA.
Kursus akan bermula dari jam 10 pagi sehingga jam 2 petang. Tempat adalah terhad kepada 12 orang sahaja di mana siapa cepat dia dapat. Bayaran yang dikenakan cuma RM220.00 sahaja.
Bagi sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Saamri Hj Mohd Raflis (012 2271387) atau Mohd Haniffa Hj Daud (013 9206177) sebelum 23hb. FEB 2011.